AWAS! JANGAN TERPEDAYA DENGAN EJEN LESEN MPOB

📢 AWAS! JANGAN TERPEDAYA DENGAN EJEN LESEN MPOB‼️
🛑 MPOB ingin menegaskan bahawa TIADA EJEN dilantik untuk menguruskan sebarang urusan perlesenan.
🛑 Siasatan baru-baru ini mendedahkan terdapat individu yang menawarkan khidmat menguruskan lesen MPOB kategori pekebun kecil dengan bayaran sehingga RM500 bagi setiap permohonan.
🛑 Ingat! Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa helah pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
✅ Pastikan segala urusan dilakukan terus melalui saluran rasmi MPOB untuk mengelakkan kekeliruan dan kerugian wang ringgit.
📞 Hubungi 03-8769 4400 atau layari www.mpob.gov.my untuk kesahihan.

About The Author