Palmy nak ingatkan, sambil-sambil seronok beraya dan makan juadah raya yang dimasak dengan minyak sawit berkualiti tu, jangan lupa :
Main, main juga: Tapi buku janganlah simpan bawah bantal dan sibuk dengan ‘gadget’ masing-masing ya! Luangkan masa untuk membaca dan bergaul bersama saudara-mara.
Keselamatan utama: Kalau main bunga api atau pergi beraya, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berhati-hati selalu.
Jaga kesihatan: Lebihkan minum air kosing daripada air berperisa dan pakai topeng muka sekiranya perlu ya!
Pesan kami dari kakak-kakak dan abang-abang di MPOB, manfaatkan masa cuti dengan bijak dan hargai momen-momen terindah bersama rakan-rakan dan keluarga.