MPOB ingin menegaskan bahawa TIADA EJEN dilantik untuk menguruskan sebarang urusan perlesenan.
Siasatan baru-baru ini mendedahkan terdapat individu yang menawarkan khidmat menguruskan lesen MPOB kategori pekebun kecil dengan bayaran sehingga RM500 bagi setiap permohonan.
Ingat! Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa helah pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
Pastikan segala urusan dilakukan terus melalui saluran rasmi MPOB untuk mengelakkan kekeliruan dan kerugian wang ringgit.
Hubungi 03-8769 4400 atau layari www.mpob.gov.my untuk kesahihan.